Draf Tabung Dana..

0 comments
Kelmarin wak dihubungi sahabat yang menguruskan kebajikan blogger 'sukarelawan' untuk Hulu Selangor. Nadanya tidak seceria selalu. Butir cakap juga tidak panjang-panjang. Dipendekkan cerita, dari apa yg dibualkan, masalah utamanya ialah tentang peruntukan untuk blogger yang bertugas di sana. Khususnya blogger blog berbahasa melayu. Betul juga katanya.

Biarpun telah dimaklumkan kepada pihak yang berkaitan tentang hal itu 2 minggu lalu, sehingga kini tidak ada sebarang makluman dan feedback diterima berhubung duduk perkara 'sukarelawan' ini. Sedangkan masa kian suntuk. Banyak perkara memerlukan duit untuk disediakan. Blogger yang telah mendaftarkan diri sebagai 'sukarelawan' sudah mula memulakan perjalanan seawal hari ini. Sebagaimana yang wak postkan artikel awal di sini, ia berkaitan.

(Memang benar, blogger datang ke Hulu Selangor atas perbelanjaan sendiri, namun tidak salah untuk meraikan mereka yang datang membantu dengan menyediakan sedikit kemudahan dan makan minum mereka ala kadar, juga sedikit wang petrol untuk rakan-rakan blogger yang membuat liputan ketika disana )

Dia dah makin pening katanya. Mahu tidak mahu, pungutan dana perlu dilakukan menerusi blog. Atas rasa tanggunjawab dan semangat persahabatan, wak tulis juga artikel ini bagi pihaknya. Oleh kerana wak bukan 'lead' untuk blogger di Hulu Selangor, tidak lah wak jadi sepening ketika wak menguruskan rakan-rakan ketika di Bagan Pinang tempohari. Sekarang yang pening sahabat wak ini. Wak simpati juga dengan dia, bila dia ada kata " depa ni serius ker nak kan khidmat blogger di PRK sini Macam tak serius jer ! " Itu kata luahannya..sedih wak dengar. Tapi wak faham, situasinya sedang tertekan, mahu tidak mahu, sedikit emosi itu dibenarkan.

Demi muafakat dan keselesaan blogger yang bertugas di sana, maka wak buka kepada pembaca-pembaca sekelian tidak kira apa bangsa jua, berilah sumbangan ikhlas anda semua untuk DANA BLOGGER Pakatan Rakyat yang bertugas di Hulu Selangor.

Sahabat wak juga menambah, pungutan dana ini bersifat sementara, andai telah mencukupi kadar yang dinyatakannya iaitu RM7 ribu* untuk biaya dan kos perbelanjaan 15 bloggers di sana selama 12 hari, kutipan dana itu akan ditutup bila jumlah itu mencapai sasaran*.

Jika dilihat kepada jumlah pembaca blog Pakatan, 1 blog 1 ribu pembaca, jika ada 7 blog otai yang membantu mem'war-war'kan harapan ini, sudah ada 7 ribu pembaca..itu baru 7 blog...jika seorang pembaca hulur RM1 dengan ikhlas membantu, cukup ler tu..!

Sumbangan dimulakan dengan kadar minima RM1. Hulurkan sumbangan semua ke akaun dibawah :
Mayban2U : 1580 1518 1410
Nama pemegang akaun : Puan Hamidah binti Ramli
(ibu kepada blogger Anaz (Dugong Darat))

Terima kasih kepada yang ikhlas membantu/menyumbang ke Tabung Dana ini untuk Hulu Selangor.

" Tuntutan Suatu Perjalanan.." Album kini berada di pasaran !

0 comments
Album 'Catatan Suatu Perjalanan' telah sempurna dilancarkan untuk pasaran oleh YAB Dato' Seri' Ir. Hj. Muhammad Nizar bin Jamaluddin, Adun Pasir Panjang merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang pada tanggal 20hb. Feb. lalu.

Majlis Pelancaran Album berkonsepkan rock alternatif ini telah dilangsungkan di Konvensyen Blogger PAS Perak 2010 di Parit Buntar. Untuk cetakan pertama, sebanyak 3 ribu unit album ini telah dicetak, dimana 1 ribu unit adalah versi EDISI KHAS Pelancaran.

Untuk mendengar klip lagu yang cukup menusuk perasaan ini, sila pergi ke klip dibawah.



Setiap pembelian dari unit album ini, RM2 akan disalurkan ke Tabung Dana Blogger PAS Perak bagi persiapan menghadapi PRU13, kelak. Adalah disasarkan sumbangan yang dapat dikumpul andai cetakan pertama ini habis dijual, InsyaAllah sebanyak RM6 ribu dapat disalurkan ke Tabung Dana tersebut.

Beberapa program lagi bakal dianjurkan untuk mengumpul dana tabung ini, dimana ianya akan terus dirancang dan digembling sepanjang tahun ini dan tahun hadapan. Beberapa
pertemuan dengan beberapa pihak termasuk NGO's, Ikatan Anak Perak di Perantauan sedang diusahakan.

Adalah diharapkan agar Tabung Dana Bloggers Perak mampu capai matlamat RM100 ribu sebelum PRU13. Kemana dana ini akan digerakkan ?

1) 30% akan digunakan untuk membantu pekerja-pekerja parti dalam Pakatan Rakyat melalui sumbangan tunai ketika pilihanraya yang mana akan disalurkan ke setiap Unit Peti Undi dan Kawasan/Cabang.

2) 30% lagi akan digunakan sebagai membiayai gerak kerja semua bloggers PAS dan PR yang bernaung dibawah Sekretariat Bloggers PAS-PR Perak ketika pilihanraya kecil mahupun Umum. Sehingga kini, 28 bloggers telah didaftarkan dibawah Sekretariat. Adalah diharapkan kepada mana-mana bloggers PAS atau Pakatan Rakyat agar dapat memberikan butiran dibawah untuk proses kemaskini dan pengurusan.
i) Nama penuh
ii) No. Kad Pengenalan
iii) Nombor Ahli Parti (PAS, Keadilan)
iv) Alamat blog/website
v) Email dan nombor telefon untuk dihubungi
InsyaAllah, sekiranya capaian RM100 ribu itu dapat dikumpulkan, dan seramai 40 bloggers pula dapat diuruskan di bawah Sekretariat, maka setiap bloggers akan diberikan perbelanjaan saku sebanyak RM750 setiap seorang ketika berlakunya pilihanraya. Kadar ini bergantung kepada jumlah semasa wang Tabung.

3) 10% lagi akan digunakan buat perbelanjaan mengurus dan logistik, Pusat kemudahan media untuk bloggers ketika pilihanraya.

Maka dari itu, saya menyeru kepada semua pembaca dan penyokong parti Pakatan Rakyat agar dapat membantu pihak kami di Sekretariat yang ditubuhkan ini agar usaha mengumpul dana melalui jualan album ini sebagai satu projek sulung dapat dijayakan dengan baik. Beli sambil berinfaq.

Album ini dijual pada harga RM19.90 seunit termasuk belanja pos seluruh semanjung Malaysia. Sekiranya tuan-tuan mendapatkan melalui agen samada secara persendirian atau melalui jualan terus di tapak ceramah atau di majlis keraian Pakatan Rakyat, harganya hanya RM15 seunit.

Kepada sahabat dan pembaca yang ingin menjadi pengedar bebas jualan AMAL album ini boleh hubungi terus pihak Sekretariat untuk perundingan lanjut, atau :
(bagi kawasan KL, Selangor, Neg. Sembilan, Melaka, Kelantan T'ganu, Pahang dan Johor) sila berurusan dengan :
Saudara Q-Har (Artis) : 019-3888127
En. Mohd Kusman (PR) : 019-2355441

(bagi kawasan Utara, Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang) dan BELIAN SECARA ONLINE sila hubungi terus :
Blogger albanjari : 012-4026129
(*) Belian album ini boleh dibuat secara Online :
i) Bank in bayaran ke akaun Mayban2U (1584 1702 1317) atau CIMB (0206 0040624 528) sebanyak RM20 ( baki 10 sen akan dipulangkan bersama dvd yang akan dikurierkan kelak) dan smskan ke 012-4026129 atau emailkan slip transaksi bayaran ATM/online yang telah dibuat ke albanjari_online@yahoo.com

ii) Proses penghantaran - dalam tempoh 3 hari.

iii) Semua penghantaran akan menggunakan khidmat syarikat kurier.
Dapatkan album Amal ini sekarang ! Tempahan secara online telah dibuka. Kepada yang berminat untuk memasarkan album ini juga diminta menghubungi nama-nama diatas untuk urusan lanjut. Terima Kasih.

Konvensyen Blogger PAS Perak 2010

0 comments
Di bawah dimaklumkan ATURCARA RASMI sepanjang hari Konvensyen Bloggers PAS Perak 2010 yang akan berlangsung di BIO Career Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan blogger al-Banjari di talian 012-4026129.

Kepada mereka yang mahu menyertai Konvensyen ini sila maklumkan awal kepada beliau. Tempat adalah TERHAD. Walaupun program ini adalah program Tertutup parti, namun penyertaan juga tetap dibuka kepada UMUM*. Sila hadir ke meja pendaftaran untuk pengesahan tempat atau smskan ke nombor di atas. Selamat Datang dan Selamat berkonvesnyen.

TARIKH
20 FEB 2010 (SABTU)
TEMPAT
Dewan Konvensyen Banjaria - BIO CAREER, Parit Buntar, Perak.
MASA
8.30 AM – 5.00 PM

PESERTA KHUSUS :


1. BLOGGER PAS Perak
2. Ketua Penerangan PAS Kawasan
3. SU Lajnah Penerangan PAS Kawasan
4. Jemputan Khas

PROGRAM [PAGI]

8.30am - 9.30am
Pendaftaran Blogger PAS | Jemputan dan wakil Penerangan PAS Kawasan seluruh Perak

9.45am - 10.15am
Jamuan pagi (Tea break) kepada semua peserta konvensyen.

PROGRAM 1
[ 10.15 am - 10.45 am ]
Ucapan Alu-Aluan dan Perasmian Konvensyen Bloggers PAS Perak dari Ketua Penerangan PAS Negeri - YB Drs. Khalil Idham Lim.

PROGRAM 2
[ 11.00 am - 12.30 pm ]

SEGMEN KHAS
(Penerangan Isu Semasa dan Sesi Dialog)
Bersama Tetamu Khas
YAB Dato' Seri Muhammad Nizar bin Jamaluddin

dan Pelancaran Khas Album Alternatif
Monolog dalam Lagu Doa buat Tok Guru

(projek usahasama alBanjari Online dan Q-Har Entertainment ) untuk
Tabung Dana Bloggers PAS Perak.

MAKAN TENGAHARI
[ 12.30pm - 2.00pm ]

Buffet Makan Tenghari di Bio-Cafe dan Solat Zohor Berjemaah.

PROGRAM [ PETANG ]
PROGRAM 3
[ 2.15 pm - 3.00 pm ]
Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh Penceramah Khas
Tajuk Kertas Kerja : Cabaran Media Baru Pakatan Rakyat untuk PRU13

PROGRAM 4
[ 3.15 pm - 4.00 pm ]
Pembentangan Kertas Kerja 2 oleh Penceramah Khas
Tajuk Kertas Kerja : Perang Saraf dan Gerilya Maya : Serang siapa ?

PROGRAM 5
[ 4.00 pm - 4.30 pm ]
Persembahan Khas dari Q-har
(Monolog dan Lagu) - Muzik alternatif - album Doa buat Tok Guru

PENUTUP PROGRAM
[ 4.30 pm - 5.00 pm ]
Hi-Tea dan Penutup Program oleh Yg. Bhg. Pesuruhjaya PAS Perak

KEMUDAHAN DEWAN KONVENSYEN
1. Liputan WIFI 100 %
2. Berhawa dingin dan bertaraf 5 bintang
3. Kemudahan Surau Lelaki dan Wanita yang besar
4. Bilik Media Khas
__
* Program ini dianjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Negeri dan Dakwah dengan kerjasama CINA ISLAM dan ALBANJARI ONLINE

Konvensyen Blogger PAS Perak 2010

0 comments
albanjari
Butiran lanjut sedang dalam proses update. Tetamu Khas YAB Dato Seri Muhamad Nizar Jamaluddin. Beberapa kertas kerja akan dibentangkan oleh tetamu yang diundang Khas. 2 Program Pelancaran Mega bakal dilancarkan. Terhad kepada 100 peserta sahaja dan Terbuka kepada semua penulis blog yang memegang keahlian PAS yang lahir di negeri Perak. Konvensyen yang dianjurkan ini adalah konvensyen tertutup. Ia adalah program pengukuhan kepada pimpinan parti dan penulis blog.

Segmen Khas yang berupa 'kejutan' juga akan dibuat oleh artis alternatif, Q-Har dan seorang lagi vokalis band terkenal satu masa dahulu, sebelum Konvensyen berakhir. Butiran lengkap program akan menyusul.
Copyright © _ - Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes - Sponsored by Internet Entrepreneur